OKH vs OKW OKH

Jeneral Halder dan Kolonel Jeneral von Brauchitsch sedang berbincang situasi perang keatas Poland di OKH, Sept.1939

Semasa tahun-tahun terawal Perang Dunia II OKW memerlukan kebenaran Hitler untuk mengarah OKH. Ini menjadikan pemerintah OKH Walther von Brauchitsch sebagai ketua de facto seluruh pegawai kanan Heer Jerman. Selepas kekalahan Jerman diluar Moscow pada Disember 1941 konflik ini telah diselesaikan apabila von Brauchitcsh dipecat pada 19 Disember, dan Hitler melantik dirinya sendiri sebagai ketua OKH. Sekarang Hitler adalah Canselor Reich, Presiden Reich dan Pemerintah Tertinggi Wehrmacht. Selepas peristiwa ini arahan-arahan kepada OKH tidak lagi memerlukan kebenaran Hitler, kerana Hitler kini mula terlibat secara lebih dekat dalam perancangan perang dengan "menyatukan" OKW sekali. Para pemimpin OKW Wilhelm Keitel dan Alfred Jodl tidak berani membantah apa-apa keputusan yang dibuat Hitler, bagaimanapun mereka berdua sudah tersilap. Meskipun begitu Staf Am OKH tetap meneruskan kerja-kerja mereka.

Pegawai-pegawai kanan tentera darat mengikut senioriti - 1939

Nama JeneralTahun lahirJawatan
1.Walther von Brauchitsch1881Panglima Tentera Darat
2.Gerd von Rundstedt1875Bersara sementara
3.Fedor von Bock1880Panglima Tentera Darat 1
4.Wilhelm Ritter von Leeb1876Bersara sementara
5.Wilhelm Keitel1882Panglima Angkatan Tentera
6.Wilhelm List1880Panglima Tentera Darat 5
7.Johannes Blaskowitz1883Panglima Tentera Darat 3
8.Gunther von Kluge1882Panglima Tentera Darat 6
9.Erwin von Witzleben1881Panglima Tentera Darat 2
10.Friedrich Dollmann1882Panglima Kor IX
11.Georg von Kuchler1881Panglima Kor I
12.Ewald von Kleist1881Bersara sementara
13.Maximilian von Weichs1881Panglima Kor XIII
14.Walther von Reichenau1884Panglima Tentera Darat 4